Info Sejarah Ringkas Imam Syafi’i
Nama lengkap
Abu Abdullah Muhammad bin Idris As Syafi’iTempat lahir
Gaza, PalestinTahun Lahir
150 Hijriah (767-820 M)Keturunan
Berbangsa Qurays dari keturunan Rasulullah SAW. Dari susur galur ayahnya bertemu dengan Abdul Manaf (datuk ke tiga Rasulullah SAW). Manakala dari susur galur bondanya merupakan cicit Ali Bin Abi Talib RA.Masjidi |
Kelahirannya
Semasa dalam kandungan, kedua ibu bapa Imam As Syafi’i meninggalkan Mekah menuju ke Palestin. Setibanya di Gaza, ayahnya jatuh sakit dan kembali ke Rahmatullah, kemudian beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibunya.Semasa Kecil
Pada usia 2 tahun, beliau bersama ibunya kembali ke Mekah dan di kota inilah Imam Syafi’i mendapat pengasuhan dari ibu dan keluarganya secara lebih intensif.Kegigihan Imam Syafi’i
Beliau telah menghafal seluruh ayat Al Quran dengan lancar ketika berusia 9 tahun. Bahkan beliau sempat 16 kali khatam Al Quran dalam perjalanannya dari Mekkah menuju Madinah.Setahun kemudian, kitab Al Muwatha’ karangan Imam Malik yang mengandungi 1720 hadis pilihan juga dihafalnya. Imam Syafi’i juga menekuni bahasa dan Sastera Arab di dusun Badui Bani Hundail selama beberapa tahun.
Kemudian beliau kembali ke Mekah dan belajar Fiqh dari seorang ulama besar yang juga mufti Kota Mekah pada saat itu iaitu Imam Muslim Bin Khalid Azzanni.
Ketika Berusia 15 Tahun
Dalam usia yang sangat muda (15 tahun) telah duduk di kursi mufti kota Mekah, namun demikian Imam Syafi’i belum merasa puas menuntut ilmu.Semakin dalam beliau menekuni suatu ilmu semakin banyak yang belum beliau mengerti. Oleh kerana itu, tidak hairanlah kenapa Imam Syafi’i sanggup menuntut dengan begitu banyak guru dan muridnya juga ramai.
Sumbangan
Sungguh banyak sumbangan Imam Syafi’I kepada umat Islam seluruh dunia antaranya:Imam Syafi’i mampu menguasai banyak disiplin ilmu, namun beliau lebih dikenali sebagai ahli hadis dan hukum kerana pemikirannya terfokus pada dua cabang ilmu tersebut.
Pendokong aliran Mazhab Syafi’i yang masih diamalkan oleh umat islam pada masa kini.
Beliau juga meletakkan asas kaedah fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul fiqh. Karya beliau yang terkenal kitab al-Risalah.
Aliran fiqh Imam Syafi’i dapat berkembang dengan cepat dan mudah diterima kerana beliau berjaya menggabungkan aliran naqli dan aliran aqli.
Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini..
Sumber :
https://www.biografiku.com/biografi-imam-syafii.https://abdazizharjin.blogspot.com
Comments
Post a Comment