Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Info Sejarah Ringkas Pak Hamka

Info Sejarah Ringkas Pak Hamka Nama Penuh  Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Tempat Lahir Beliau dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia Tarikh Lahir 17 Februari 1908. Tarikh Kembali Ke Rahmatullah 24 Julai 1981. Pak Hamka Pendidikan Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2. Kegigihan Menuntut Ilmu Pak Hamka begitu gigih menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab. Antara cendekiawan Muslim terkenal yang menjadi mentornya adalah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus. Beliau memang gemar membaca dan menyelidik. Banyak  masa beliau dihabiskan dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Di samping itu, menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee. Aktif Berdakwah Pak Hamka aktif berdakwa saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padan

Info Sejarah Ringkas Imam Syafi’i

Info Sejarah Ringkas Imam Syafi’i Nama lengkap  Abu Abdullah Muhammad bin Idris As Syafi’i Tempat lahir Gaza, Palestin Tahun Lahir  150 Hijriah (767-820 M) Keturunan Berbangsa Qurays dari keturunan Rasulullah SAW. Dari susur galur ayahnya bertemu dengan Abdul Manaf (datuk ke tiga Rasulullah SAW). Manakala dari susur galur bondanya merupakan cicit Ali Bin Abi Talib RA. Masjidi Kelahirannya Semasa dalam kandungan, kedua ibu bapa Imam As Syafi’i meninggalkan Mekah menuju ke Palestin. Setibanya di Gaza, ayahnya jatuh sakit dan kembali ke Rahmatullah, kemudian beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibunya. Semasa Kecil Pada usia 2 tahun, beliau bersama ibunya kembali ke Mekah dan di kota inilah Imam Syafi’i mendapat pengasuhan dari ibu dan keluarganya secara lebih intensif. Kegigihan Imam Syafi’i Beliau telah menghafal seluruh ayat Al Quran dengan lancar ketika berusia 9 tahun. Bahkan beliau sempat 16 kali khatam Al Quran dalam perjalanannya dari Mekkah menuju Madina