Skip to main content

Info Sejarah Ringkas Pak Hamka

Info Sejarah Ringkas Pak Hamka

Nama Penuh 

Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Tempat Lahir

Beliau dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia

Tarikh Lahir

17 Februari 1908.

Tarikh Kembali Ke Rahmatullah

24 Julai 1981.
Pak Hamka

Pendidikan

Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2.

Kegigihan Menuntut Ilmu

Pak Hamka begitu gigih menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab.

Antara cendekiawan Muslim terkenal yang menjadi mentornya adalah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus.

Beliau memang gemar membaca dan menyelidik. Banyak  masa beliau dihabiskan dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik.

Di samping itu, menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Aktif Berdakwah

Pak Hamka aktif berdakwa saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

Beliau juga menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah dan memberi tujuk ajar cara mengerjakan haji yang sebetulnya kepada jemaah haji Indonesia.

Di samping itu, beliau  menjadi pengasas Kolej Al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib Al-Ummah.

Aktif Berjuang

Selain berdakwah, beliau juga aktif berjuang. Pak Hamka merupakan salah seorang yang terlibat dengan pertubuhan Muahmmadiyah dan beliau dilantik menjadi anggota pemimpin pusat Muhammadiyah.

Pak Hamka bersikap tegas dalam menentang khurafat, bid'ah thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.

Perjuangan beliau bukan setakat menetang kemungkaran dalam masyarakat, bahkah turut memberi komitmen dalam mempertahankan tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Cabaran Yang Dihadapi Pak Hamka

Oleh kerana kelantangan beliau dalam bersuara, natijahnya beliau dipecat dari jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.

Pernah suatu ketika, beliau meringkuk di dalam penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Kebolehan Pak Hamka

Beliau terkenal sebagai seorang penulis, ahli politik, aktivis dan ulama warga Indonesia.

Comments

Popular posts from this blog

Info Sejarah Ringkas Imam Syafi’i

Info Sejarah Ringkas Imam Syafi’i Nama lengkap  Abu Abdullah Muhammad bin Idris As Syafi’i Tempat lahir Gaza, Palestin Tahun Lahir  150 Hijriah (767-820 M) Keturunan Berbangsa Qurays dari keturunan Rasulullah SAW. Dari susur galur ayahnya bertemu dengan Abdul Manaf (datuk ke tiga Rasulullah SAW). Manakala dari susur galur bondanya merupakan cicit Ali Bin Abi Talib RA. Masjidi Kelahirannya Semasa dalam kandungan, kedua ibu bapa Imam As Syafi’i meninggalkan Mekah menuju ke Palestin. Setibanya di Gaza, ayahnya jatuh sakit dan kembali ke Rahmatullah, kemudian beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibunya. Semasa Kecil Pada usia 2 tahun, beliau bersama ibunya kembali ke Mekah dan di kota inilah Imam Syafi’i mendapat pengasuhan dari ibu dan keluarganya secara lebih intensif. Kegigihan Imam Syafi’i Beliau telah menghafal seluruh ayat Al Quran dengan lancar ketika berusia 9 tahun. Bahkan beliau sempat 16 kali khatam Al Quran dalam perjalanannya dari Mekkah menuju Madina

5 Nasihat Imam Syafie

5 Nasihat Imam Syafie

Info 5 Senarai Nabi Ulul 'Azmi

5 Senarai Nabi Ulul 'Azmi Nabi Muhammad SAW Nabi Isa AS Nabi Musa AS Nabi Ibrahim AS Nabi Nuh AS